Saturday, February 5, 2011

kalau pun ada rindu biarkan berlalu..kalau pun ada cinta biarkan terpendam..kalau pun ada sayang biarkan dihati..kalau pun ada kasih biarkan aku untaikan dalam bait2 puisi..kerana hanya bait-bait indah yang memahami dan mengerti ...titipan dan lakaran ..tanpa ucapan.....kerna sinar matamu bisa mendasari lubuk hatiku....

Friday, January 28, 2011

aku lebih baik daripada kamu??? sEKADAR RENUNGAN DAN MUHASABAH DIRI UNTUK SAYA DAN RAKAN2

oleh Puspawangi Wangi pada pada 10hb Julai 2010 pukul 1.44 pagi
takabbur akan melahirkan manusia yang gila kuasa. Dia sentisa ingin jadi pemimpin. Ironinya, jika dia jadi pemimpin orang lain sukar mengikutnya dan jika dia jadi pengikut orang lain tidak suka mengikutnya.Arahannya kasar. Tidak kiralah sama ada dia digelar "Firaun Kecil" atau Little Napoleon, namun sikap gila jawatan sering menyebabkan orang takabbur mendabik dada dan mendakwa semua kemajuan adalah atas usahanya. Oleh sebab itu dirasakan bahawa dia mesti dinobatkan sebagai ketua

ilusi perindu....

oleh Puspawangi Wangi pada pada 15hb Julai 2010 pukul 11.50 ptg
Menganyam rindu...menenun cinta...memintal kasih...engkau berlari dalam kerawang mimpi...ilusinya aku kehilangan metafora cinta dari fragmen fatamorgana... lalu setanggi kasih..seharum kasturi...terurai dalam titis mutiara curahan air mata

saat cintamu hilang

oleh Puspawangi Wangi pada pada 31hb Ogos 2010 pukul 11.32 ptg

saat cintamu..hilang

aku merasakan denyutan sengsara

saat cintamu...pergi..

aku merasakan sepinya ruang hati

saat cintammu...aku dambakan

engkau aku cari

dalam sepinya malam

dalam senyuman rembulan

namun wajahmu

tak kutemui

ilusiku

saat aku berpaling

dalam sinar rembulan

aku bisa melihat

senyuman

namun

fragmen kasihmu

sudah pudar warnanya

kesekian kalinya

aku memugar warna

warna pelangi

yang pernah menjadi saksi

janji setia kita

indah

mengasyikkan

rupanya aku yang leka

engkau...telah jauh

jauh....dari sekeping hatiku

yang telah pudar warnanya...

air mata ramdhan ...

oleh Puspawangi Wangi pada pada 08hb September 2010 pukul 3.41 ptg

yang....

alangkah indahnya..

waktu kita bersama-sama

melangkahi..

sinar fajar ramdhan

yang......

waktu dinihari.....

kita tamatkan lena...

sahuti..

waktu imsak

yang....

alangkah indahnya

alangkah hebatnya

alangkah lazatnya

kita meniti hari

solat tarawih

solat tahajud

zikir munajat

alangkah.....

indah cinta kita

alangkah hebat kasih kita

bisa aku terkesima

tika kau lafazkan cinta

bulan ini bulan umatKU

taubatmu Kuterima

doaMU KUperkenan

yang......seribu rahmat

Lailatulqadar..seribu bulan pun tak mampu menandingi malam sehebatmu

anugerah ALLAH Tuhan Pencipta

segala makhluk

yang...

kita bisa ..

saja menitiskan airmata

ramadhan bakal meninggalkan kita..

seribu rahmat..

yang belum tentu...

ramadhan akan datang..

kita bisa mengecapi ..

keindahan..

kemanisan

keampunan

menghapus dosa.....

yang panjatkan doa

agar...ramadhan mendatang

lebih indah

lebih manis

lebih lazat ..

Ya ALLAH perkenankan..ameen

Wednesday, January 26, 2011

Salam kepada semua ...silalah lawat laman cegu puspawangi..anak2 didik tersayang...mudah2an dengan adanya blog ini dapat membantu anda untuk berjaya dengan cemerlang dalam bahasa Melayu....cegu doakan kejayaan anda semua..sayang anda semua......

Karangan Bergambar Ralaman 4- Langkah yang patut diambil oleh pihak berkuasa untuk mengatasi kadar kemalangan jalan raya

Dalam kesibukan negara mencapai status lima bintang dalam era pembangunan dan pembinaan negara, jaringan lebuh raya dan lingkaran jalan raya di nusa tercinta ini sentiasa dititikberatkan oleh pihak kerajaan. Malaysia dikatakan memiliki kualiti jalan raya yang paling baik di rantau ini sebaliknya mencatatkan kadar kemalangan yang paling tinggi. Malang tidak berbau, tetapi bau malang boleh dielakkan. Jika dipandang enteng, nyawa modal insan negara bagai telur di hujung tanduk. Saya berpendapat bahawa langkah-langkah drastik dan proaktif mestilah diambil oleh pihak berwajib untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya yang banyak meragut nyawa.

Kerajaan mestilah membuat anjakan paradigma dalam sistem pelaksanaan undang-undang keselamatan di jalan raya. Penguatkuasaan undang-undang seyogianya diiringi ketegasan melaksanakannya. Pihak berkuasa seperti polis trafik tidak boleh bertolak ansur waima berkompromi dalam menegakkan undang-undang. Penggubalan akta keselamatan mestilah diubahsuai mengikut keperluan semasa. Denda dalam lingkungan RM150 hingga RM300 tidak pernah meninggalkan bekas, terutamanya kepada golongan yang bermaharajalela di jalan raya. Oleh hal yang demikian, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jikalau pihak kerajaan menaikkan kadar denda dan saman, langkah ini dapat memberi pedoman kepada pengguna jalan raya agar lebih bermoral dan beretika semasa memandu.

Selain itu, Kementerian Dalam Negeri umpamanya mestilah diberi kuasa dan mandat untuk melaksanakan tugas. Sesiapa yang terlibat dalam tragedi kemalangan di jalan raya mestilah ditarik lesen pemanduannya. Sementara itu, sistem merit yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mestilah dipautkan dengan sistem Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar kedua-dua agensi kerajaan ini berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk melaksanakan hukuman terhadap pesalah laku lalu lintas yang membelakangkan nyawa insan lain. Saya berharap pihak kerajaan akan memegang prinsip genggam bara api, biar jadi arang dalam usaha menjadikan laluan trafik di Malaysia bebas daripada kemalangan. Dengan langkah ini, imej negara di persada dunia dapat dipertingkatkan demi kemajuan pelbagai bidang yang diharap-harapkan.

Jika dikaji dari sudut pemilikan lesen memandu, rakyat Malaysia amat “bertuah” kerana sistem yang diguna pakai di sini masih longgar dan mudah. Sejak beberapa dasawarsa, proses pemilikan lesen memandu bagai makan ais batu campur. Kelonggaran undang-undang yang dicemari gejala rasuah dan konsep “lesen terbang” menyebabkan pemandu “melayangkan” nyawa insan tidak berdoa sekali gus meranapkan harapan ibu bapa mangsa. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Saya berharap pihak berkenaan dapat membuat pengubahsuaian terhadap silibus ujian pemanduan. Dengan pendekatan yang positif ini, rakyat yang berjaya memiliki lesen memandu setelah melalui proses kompleks dan sukar pasti lebih menghargai lesen yang berjaya dimiliki oleh mereka. Oleh sebab itu, sudah sampai masanya pihak PJP mengambil langkah proaktif untuk sama-sama menjadikan pemandu Malaysia lebih berkualiti.

Sebagai penutup wacana, kita harus sedar bahawa nyawa manusia tidak boleh dijual beli seperti di pasar raya. Oleh itu, pelaksanaan undang-undang yang bersesuaian dengan keperluan rakyat dan negara mestilah dilakukan dengan baik. Rakyat haruslah diinsafkan dengan prinsip “biar lambat, asalkan selamat”. Pemandu dan pengguna jalan raya sama-sama mendapat manfaat jika semua pihak bersepakat dalam ciri-ciri keselamatan di jalan raya. Rakyat merupakan penggerak kemajuan negara. Tanpa kemajuan, kita tidak dapat menikmati kehidupan yang lebih bermakna. Saya berijtihad bahawa keselamatan jalan raya ialah tanggungjawab semua pihak. Hal ini demikian kerana pandu cermat, jiwa selamat. Keselamatan di jalan raya dapat memastikan kita selamat berada di bumi bertuah ini untuk meneruskan kehidupan yang lebih bermakna demi keluarga, bangsa, dan negara.